Monday, February 8, 2010

Special Needs Children: Parents Are The Experts!

Saya telah terjumpa satu artikel jurnal mengenai tajuk di atas.  Anda boleh baca jurnal tersebut sepenuhnya di sini.


Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai.  Semua ibu bapa mengharapkan anak yang lahir ke dunia sempurna sifat zahir dan batin, luaran dan dalaman, fizikal dan mentalnya.  Semua kanak-kanak yang lahir adalah unik dan istimewa.  Walaupun begitu, ada kanak-kanak yang lahir tidak begitu bernasib baik.   Walaupun fizikal sama dengan kanak-kanak yang lain, tetapi ada juga di kalangan kanak-kanak ini kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), dan lain-lain.


Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan kanak-kanak dan berupaya mengenalpasti dengan jelas sekiranya kanak-kanak ini tidak menunjukkan perkembangan yang setara dengan umur mereka juga perkembangan mereka tidak sama dengan kanak-kanak yang seusia.

Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran.  Ia merupakan satu bentuk gangguan di mana seseorang kanak-kanak itu mempunyai kesukaran belajar dengan cara yang biasa disebabkan oleh faktor yang tidak dapat dikenalpasti.  Faktor-faktor inilah menyebabkan gangguan kepada otak untuk menerima dan memproses maklumat. Ia boleh juga menjadi punca bagi sesorang kanak-kanak itu tidak dapat belajar dengan cepat atau setara dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran.  Kanak-kanak ini tidak dapat melaksanakan arahan-arahan atau kemahiran tertentu juga tidak dapat menyiapkan tugasan sekiranya dibiarkan menyelesaikan sendiri.

No comments: