Wednesday, February 17, 2010

Types of learning abilities!

Masalah kesukaran belajar disebabkan oleh otak tidak dapat memproses maklumat yang diterima atau kesukaran tertentu disebabkan oleh keupayaan otak untuk memproses sesuatu maklumat itu menjadi perlahan.

Kesukaran belajar terbahagi kepada empat aras pemprosesan maklumat digunakan dalam pembelajaran iaitu input, perlaksanaan, penyimpanan dan output.

  • Input - maklumat yang diterima melalui deria seperti penglihatan dan pendengaran.  Kesukaran dalam menterjemah visual akan menyebabkan masalah mengenalpasti bentuk, kedudukan dan saiz objek yang dilihat.  Masalah yang disebabkan oleh pendengaran pula boleh menjejaskan keupayaan mengenalpasti bunyi dan memfokus dari arah mana datangnya bunyi tersebut, contohnya suara guru.  Sesetengah murid dilihat tidak dapat menterjemah input sentuhan.  Sebagai contoh, tidak peka kepada kesakitan atau tidak suka disentuh.

  • Perlaksanaan - Pada peringkat ini, input yang diterima diterjemah, dikategorikan, disusun atau dikaitkan dengan pembelajaran yang lepas.  Murid yang bermasalah dalam peringkat ini mungkin tidak dapat bercerita dalam susunan yang betul, tidak mampu mengingat turutan yang betul seperti turutan hari, bulan dan sebagainya.  Kemungkinan, murid ini dapat faham sesuatu konsep yang diajar tetapi tidak mampu mengaplikasikan dengan pelajaran yang lain.  Perbendaharaan yang lemah mungkin menyumbang kepada masalah pemahaman.

  • Simpanan - Masalah dengan ingatan boleh menyumbang kepada ingatan jangka pendek atau jangka panjang.  Masalah ingatan selalunya melibatkan ingatan jangka pendek di mana murid sukar belajar perkara baru sekiranya sesuatu pelajaran itu tidak diulang-ulang.  Masalah dengan daya ingatan boleh menyebabkan kesukaran seseorang murid itu mengeja.

  • Output - Maklumat yang diproses oleh otak terhasil dalam bentuk perkataan atau tingkahlaku.  Masalah yang terhasil apabila sesorang itu tidak boleh menterjemah dalam perkataan seperti tidak dapat menjawab soalan, mengalami masalah pertuturan dan sebagainya, di mana otak tidak dapat mencapai maklumat yang disimpan.  Masalah berkaitan tingkahlaku pula berkait rapat dengan pergerakan psikomotor di mana kanak-kanak itu tidak boleh melakukan perkara asas seperti membutang baju, mengikat tali kasut dan perkara mudah yang lain.

No comments: