Sunday, March 21, 2010

Ulasan 2

Ketidakupayaan sesorang kanak-kanak itu jelas memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, keluarga dan juga masa depan kanak-kanak itu sendiri. Ketidakupayaan itu seringkali dikaitkan dengan masalah pembelajaran bagi seseorang kanak-kanak. Tenyata kanak-kanak bekeperluan khas ini memerlukan perhatian khusus, pendidikan khas, penjagaan kesihatan yang rapi dan sebagainya.

Memulakan alam persekolahan mungkin memberikan pengalaman yang memeritkan bagi kanak-kanak ini dan juga keluarganya. Ia akan menjadi lebih sukar bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Seringkali murid yang mengalami masalah pertuturan sukar bergaul dengan rakan sebaya. Mereka akan memilih untuk mengasingkan diri dan menyendiri. Oleh kerana kekangan-kekangan yang mereka hadapi, peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan kemahiran di sekolah adalah terhad.

Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kemajuan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Ternyata, ramai ibu-bapa yang masih cetek pengetahuan dalam menguruskan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini. Amat penting bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah pembelajaran untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana boleh dikatakan kanak-kanak kategori ini sangat beremosi, mempunyai masalah tingkah laku dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, hasil didikan yang betul, kanak-kanak bekeperluan khas ini boleh berjaya di masa hadapan. Kerjasama ibu bapa dan keluarga penting dalam memastikan terdapat peningkatan dalam perkembangan murid bermasalah pembelajaran. Pihak sekolah perlu mengajak ibu bapa dan keluarga bersama-sama dalam membantu program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menerusi penganjuran pelbagai aktiviti sosial dan pendidikan. Pihak sekolah perlu sentiasa melibatkan ibu bapa dan keluarga dalam proses pembangunan pendidikan sekolah masing-masing. Program keibubapaan juga perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka supaya mereka dapat menyumbang bakti membangunkan
pendidikan anak-anak mereka. Kerjasama ibu bapa dan keluarga dalam pendidikan khas
bermasalah pembelajaran merupakan potensi dan sumber yang masih belum
dimanfaatkan sepenuhnya di Malaysia. Usaha berganda bagi melibatkan mereka perlu
dilaksanakan demi kebaikan semua pihak.

No comments: