Sunday, March 21, 2010

Ulasan 3

Murid-murid di peringkat sekolah rendah belum mencapai kematangan sebagaimana murid-murid di peringkat sekolah menengah yang telah mencapai usia remaja. Bagi murid-murid bekeperluan khas pula, mereka seringkali terpinggir daripada arus pendidikan perdana dan diabaikan oleh rakan sebaya dan guru yang tidak memahami masalah yang mereka hadapi.

Sebenarnya terdapat pelbagai arahan yang sistematik bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak bekeperluan khas ini di peringkat sekolah rendah. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak suka diberi tanggungjawab untuk melakukan sesuatu kerana mereka berasa dihargai dan terlibat dalam sesuatu pekerjaan itu. Melibatkan murid dalam aktiviti membaca, menulis, menyelidik, membina, membuat eksperimen, melukis dan mencipta. Sama ada melakukan secara berkumpulan atau individu. Menggunakan buku atau komputer, ada yang bertanya soalan sementara sebahagian lagi mencari jawapan. Ini semua boleh ditakrifkan sebagai pembelajaran berasaskan projek.

Menggunakan kaedah membuat projek dalam teknik-teknik mengajar boleh jadi cara yang baik untuk memotrivasikan murid bermasalah pembelajaran ini untuk melakukan sesuatu seperti kebanyakan murid lainnya: bertanya soalan, menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan jawapan, dan mengawal pembelajaran mereka. Projek yang dibina boleh jadi dalam jangka masa pendek atau panjang. Ia boleh dilakukan di rumah, di dalam bilik darjah atau di luar waktu sekolah. Dalam artikel ini, ia menjelaskan tentang kaedah deria nombor di mana kebanyakan murid-murid bekeperluan khas gagal menguasai.

Mengikut kajian penulis, kebanyakan murid dapat mengenalpasti sesuatu nombor tetapi gagal memahami maksud dan nilai nombor tersebut. Ia boleh ditakrif sebagai nombor mudah dikenali tetapi sukar difahami. Murid yang mempunyai deria nombor yang baik mungkin mudah menguasai nombor, melakukan pengiraan dan mempelbagaikan aktiviti dengan menggunakan nombor tersebut.

Berbeza dengan membaca, mengira tidak melibatkan bunyi dan sebutan suku kata. Ia lebih kepada visualisasi sesuatu nombor. Dengan arahan pengajaran yang sistematik dalam membina kefahaman murid bermasalah pembelajaran ini memfokus terhadap deria nombor, nescaya murid-murid ini akan mendapat manfaat.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, menggabungkan pelbagai elemen dalam pengajaran seperti menggunakan teknologi dapat membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini. Telah terbukti bahawa kanak-kanak ini tidak dapat mengingat fakta matematik dengan cepat dan tepat. Kebiasaannya, operasi menambah nombor hanya akan diselesaikan sekiranya menggunakan nombor atau batang lidi. Mereka tidak dapat memberi jawapan secara automatik atau menggunakan minda.

Jika dihitung, pengajaran sistematik melibatkan deria nombor ini boleh juga dilakukan oleh ibu bapa di rumah dan tidak bergantung kepada guru semata-mata. Ibu bapa boleh melibatkan anak-anak bermasalah pembelajaran ini dalam aktiviti keluarga dengan melibatkan penggunaan nombor. sebagai contoh, ibu menyuruh si anak tadi menyusun pinggan untuk hidangan ahli keluarga yang seramai 6 orang. Si ibu hendaklah menyemak setelah anak melakukan aktiviti mudah tadi dan menunjukkan sama ada bilangan pinggan yang disusun tadi adalah betul atau tidak. Secara tidak langsung, kanak-kanak ini akan terbiasa dengan penggunaan pelbagai nombor dan dapat mengadaptasi dengan pembelajaran dan aktiviti seharian.

Pada asasnya, dengan pengajaran yang sistematik, ini dapat memotivasikan murid tadi untuk belajar mengira dan membaca. Ia juga akan menggalakkan murid-murid ini berfikir dan berusaha untuk menyelesaikan masalah. Murid juga akan memperoleh inspirasi dan mempunyai perasaan ingin tahu. Mereka juga dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka ada dengan cara yang lebih berkesan.

No comments: